1) Dah Makan telah menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan yang sangat eksklusif daripada chef-chef berpengalaman di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
2) Dah Makan telah diasaskan pada 2015 oleh Jonathan Weins, Christian Edelmann, dan Jessica Li.

3) Sebelum ini, Jessica Li dan Jonathan Weins pernah bekerja dengan syarikat Food Panda yang berpusat di Hong Kong dari 2014 hingga 2015. Pengalaman bekerja bersama Food Panda telah memberikan mereka idea untuk melancarkan Dah Makan di Kuala Lumpur, Malaysia.
4) Pada awalnya, mereka terpaksa bersusah payah demi mempromosikan Dah Makan dimana mereka pernah menyewa sebuah pangsapuri kecil untuk penggunaan dapur dan menaiki pengangkutan awam untuk menyampaikan pesanan pelanggan.
5) Dah Makan telah menyediakan lebih daripada 200 menu masakan yang terdiri daripada makanan-makanan tempatan sehingga ke antarabangsa seperti Itali, Amerika, England, Thailand, Vietnam, dan India. Dah Makan akan sentiasa menukar menunya pada setiap hari demi memenuhi kehendak pelanggan.
6) Pada 20 Mac 2018, Dah Makan telah meluaskan pasarannya ke Thailand dengan membeli syarikat Polpa yang mempunyai fungsi yang sama seperti Dah Makan.
7) Dah Makan mempunyai kira-kira 51-200 pekerja.
8) Terdapat 20 syarikat yang telah melabur dalam Dah Makan seperti DO Venture Partners dari California, Rakuten Capital (Jepun), Korea Investment Partners, JAFCO Investments Asia (Singapura), Golden Equator Capital (Singapura), dan lain-lain lagi.
9) Dah Makan telah berjaya mendapat pembiayaan sebanyak $27 juta selama 5 pusingan. Pembiayaan terakhir yang diperoleh Dah Makan adalah pada 27 Februari 2020 dengan nilai sebanyak $18 juta dari Rakuten Capital.
10) Dah Makan bercadang untuk meluaskan lagi pasarannya ke Indonesia dan Singapura menjelang 2020.
Hi saya admin website ini. Jika ada yang ingin hire saya untuk menulis artikel atau apa-apa sahaja pekerjaan dalam bidang Penulisan, boleh email atau whatsaap saya 0167095230 https://wa.me/message/MLF4B6BYL3LBD1 . Saya seorang yang mempunyai bakat dalam bidang penulisan dan sangat gemar membuat research tentang sesuatu topik.
SUMBER
4) https://www.asianentrepreneur.org/
6) https://www.crunchbase.com/
7) https://www.digitalnewsasia.com/
8) https://www.businesstimes.com.sg/