- Charles & Keith merupakan sebuah jenama yang mengeluarkan barangan aksesori fesyen seperti kasut, beg, dan dompet.
2) Jenama Charles & Keith berasal dari Singapura dan telah ditubuhkan pada 1996.
3) Jenama Charles & Keith telah diasaskan oleh 2 orang adik beradik iaitu Charles Wong dan Keith Wong.

Sumber : https://vulcanpost.com/
4) Pada 1990, Charles dan adiknya, Keith telah bekerja di kedai kasut keluarga mereka di Ang Mo Kio, Singapura.
5) Sebelum terciptanya jenama Charles & Keith, mereka telah membuka kedai kasut mereka sendiri dimana mereka telah memborong kasut di kilang-kilang di Malaysia dan China. Mereka sentiasa membeli daripada pemborong yang sama. Semakin lama mereka mula sedar bahawa konsep perniagaan ini tidak menguntungkan dan tidak ada masa depan. Oleh itu, mereka telah mengambil keputusan untuk mencipta kasut mereka sendiri pada 1997.
6) Pada 1998, Charles & keith telah mengambil risiko dengan memasarkan kasut mereka ke Taiwan kerana pada waktu itu berlakunya krisis kewangan Asia dari 1997 hingga 1998.
7) Charles & Keith telah berjaya membuka kedai antarabangsa mereka yang pertama di Indonesia pada 1998.
8) Charles dan Keith telah mereka bentuk kasut mereka sendiri. Malah, mereka telah membeli bahan-bahan mentah secara langsung dari China.
9) Pada 2004, Charles & Keith merupakan syarikat pertama di Singapura yang telah melancarkan laman web e-dagang iaitu https://www.charleskeith.com/.
10) Pada 2005, kumpulan Charles & Keith telah melancarkan jenama Pedro
11) Di kedai Charles & Keith, boleh dikatakan 60% adalah kasut, manakala 35% adalah beg, dan 5% terdiri daripada aksesori fesyen yang lain.
12) Harga barangan Charles & keith di Singapura adalah lebih murah daripada di Malaysia dan Thailand. Changi Airport merupakan antara lokasi membeli belah Charles & Keith yang paling popular di Singapura.
13) Pada 2011, syarikat LVMH telah memperoleh 20% daripada jenama Charles & Keith dalam usaha LVMH untuk mengembangkan lagi jenama ini sehingga ke peringkat antarabangsa.
14) Kumpulan Charles & Keith telah bekerjasama dengan pelbagai organisasi antarabangsa seperti The Forest Stewardship Council (FSC), The Leather Working Group, dan The Textile Exchange dalam mewujudkan kesan persekitaran dan sosial yang positif melalui usaha kelestariannya.
15) Sehingga kini, Charles & Keith telah berjaya meluaskan pasarannya ke asia, timur tengah, eropah, amerika latin, dan afrika.
Hi saya admin website ini. Jika ada yang ingin hire saya untuk menulis artikel atau apa-apa sahaja pekerjaan dalam bidang Penulisan, boleh email atau whatsaap saya 0167095230 https://wa.me/message/MLF4B6BYL3LBD1 . Saya seorang yang mempunyai bakat dalam bidang penulisan dan sangat gemar membuat research tentang sesuatu topik.
SUMBER
2) https://www.referralcandy.com/
3) https://www.businessoffashion.com/
7) wikipedia
8) https://www.charleskeith.com/sg