1) Sephora telah diasaskan pada 1969 di Limoges, Perancis.
2) Pengasas Sephora ialah Dominique Mandonnaud yang dilahirkan pada 5 September 1947 di Perancis. Beliau merupakan seorang pelukis dan pengukir.
3) Nama Sephora berasal daripada gabungan perkataan Yunani iaitu Sephos yang bermaksud kecantikan dan Zipporah, isteri kepada Moses. Kisah Zipporah dan Moses dapat dilihat di dalam Book of Exodus (buku kedua Bible).

4) Pada 1995, Dominique Mandonnaud telah membuka kedai Sephora di Champs-Elysées, Paris. Ia merupakan kedai Sephora yang pertama dengan keluasan 1,500 m² dan sangat ikonik sehingga ke hari ini.
5) Pada 1997, Dominique Mandonnaud telah menjual Sephora kepada syarikat LVMH.
6) Kedai terbesar Sephora adalah di Barcelona dengan keluasan 1,800 m² yang telah ditubuhkan pada 1998.

7) Pada 1999, Sephora telah melancarkan laman web Sephora.com.
8) Di kedai Sephora, tempat jualan disebut “The Stage”, manakala pekerja-pekerja adalah “Cast Members” dan mereka sebenarnya memakai kostum, bukannya pakaian seragam.
9) Pada 2007, Sephora telah memperkenalkan Beauty Insider Loyalty Program di Amerika dan Kanada yang membolehkan ahli-ahlinya memperoleh mata ketika pembelian dan menebusnya untuk mendapatkan ganjaran.

10) Antara jenama yang paling murah di Sephora adalah Sephora Collection. Anda boleh dapatkan Sephora Collection dengan harga yang mampu milik.

11) Sephora telah melaksanakan satu program di laman web sephorastands.com yang bertujuan menggalakkan orang ramai untuk bersama-sama memelihara planet, menyokong komuniti dunia, dan menghargai keindahan diri kita.
12) Kad keahlian Sephora terbahagi kepada 3 jenis iaitu Sephora White (percuma), Sephora Black (RM900), dan Sephora Gold (4500). Untuk mendapatkan kad keahlian Sephora, anda perlulah berbelanja dalam jumlah-jumlah tertentu dalam masa 1 tahun. Setiap kad keahlian tersebut mempunyai manfaat dan ganjaran tersendiri.

13) Pada 2010, Sephora telah melancarkan aplikasinya yang boleh anda muat turun di Google Play dan App store.
14) Menerusi Forbes pada 2018 dan 2019, Sephora telah disenaraikan antara “America’s Best Employers for Women” dan “America’s Best Employers for Diversity”.
15) Pada 2019, Sephora telah memperkenalkan Kad Kredit Sephora, Kad Kredit Sephora Visa® dan Kad Kredit Sephora Visa Signature®, yang memberi pelbagai ganjaran kepada pelanggan-pelanggannya.

16) Pada 2019, Sephora mengumumkan slogan dan manifesto mereka yang terbaru iaitu “We Belong to Something Beautiful”.
17) Pada 2020, Sephora mempunyai lebih daripada 2600 kedai dan 39 000 pekerja di seluruh dunia.
18) Sehingga kini, terdapat lebih daripada 300 jenama yang bernaung di bawah Sephora.
19) Sepanjang tahun 2019 dan 2020, Sephora telah menyumbang sebanyak $1M kepada organisasi yang memperjuangkan kesamarataan dan keadilan kaum.
20) Menerusi community.sephora.com, walaupun kedai-kedai di Sephora telah ditutup ketika Covid 19, seramai 9000 lebih pekerja Sephora di Amerika akan dibayar gaji dan menerima faedah kesihatan sepenuhnya sehingga kedai dibuka semula. Manakala, pekerja-pekerja di Kanada akan menerima 80% daripada gaji mereka dan 100% faedah kesihatan.
Hi saya admin website ini. Jika ada yang ingin hire saya untuk menulis artikel atau apa-apa sahaja pekerjaan dalam bidang Penulisan, boleh email atau whatsaap saya 0167095230 https://wa.me/message/MLF4B6BYL3LBD1 . Saya seorang yang mempunyai bakat dalam bidang penulisan dan sangat gemar membuat research tentang sesuatu topik.
SUMBER
6) https://community.sephora.com/
7) wikipedia