1) Jenama Vans telah diasaskan pada 1966 di Anaheim, California, Amerika.
2) Pengasas jenama Vans ialah Paul Van Doren dan abangnya James Van Doren, dan dibantu oleh rakan-rakan mereka iaitu Ryan Emmert dan Serge D’Elia.

3) Pengasas utama Vans iaitu Paul Van Doren telah berhenti bersekolah ketika usianya 14 tahun. Oleh itu, ibu Paul iaitu Rena telah menyuruh Paul bekerja di Randy’s (tempat pengeluar kasut). Pada awalnya, Paul bekerja sebagai tukang sapu lantai dan pembuat kasut.
4) Pada asalnya, jenama Vans dikenali sebagai The Van Doren Rubber Company.
5) Vans hanya menerima 12 orang pelanggan pada hari pertama pembukaan kedai. Mereka telah membeli kasut Vans Deck, yang kini dikenali sebagai “Authentic”.
6) Pada awalnya, kasut Vans hanya berharga antara $ 2,49 dan $ 4,99.
7) Pada 1970-an, versi asal logo Papan Selaju Vans telah dicipta oleh Mark Van Doren yang berusia 13 tahun yang juga anak kepada James Van Doren.
8) Disebabkan anaknya yang berminat dengan papan selaju, James Van Doren telah mencipta skateboarding shoes.
9) Pada 1976, Vans telah menghasilkan kasut papan selaju yang dikenali Off The Wall.

10) Pada awalnya, kasut Vans lebih popular dalam kalangan pemain papan selaju.
11) Paul Van Doren telah menjadi CEO Vans hingga 1976. Selepas itu, James Van Doren telah mengambil alih Vans hingga 1988.
12) Selepas James Van Doren meninggalkan syarikatnya itu, beliau telah berhenti berniaga dan menghabiskan masanya dengan mengembara dan pernah tinggal di Boston dan Oklahoma.
13) Kasut Vans semakin mula dikenali setelah Sean Penn memakainya dalam filem Fast Times at Ridgemont High pada 1982.

14) Pada 1984, syarikat Vans telah mengalami kerugian dan muflis. Akhirnya, syarikat Vans telah ditutup.
15) Pada 1988, syarikat Vans telah dijual kepada firma perbankan McCown De Leeuw & Co dengan harga $ 74.4 juta.
16) Syarikat Vans telah dibuka semula pada 1991.
17) Pada 1995, Vans telah memberhentikan 1450 pekerja dan menutup kilang pembuatannya di Orange County dan memindahkan pengeluarannya ke luar negara.
18) Pada 2004, syarikat Vans telah dibeli oleh VF Corporation dengan nilai $396 juta.
19) Pada 2004, Vans telah melancarkan Vans Customs melalui laman webnya.
20) Marc Jacobs dan Trovata adalah pereka untuk koleksi kasut Vault By Vans.
21) Edisi kasut The Vans #98 (the classic slip on line) telah menjadi sangat popular dan logonya sangat ikonik sehingga kini.

22) Terdapat 6 koleksi kasut Vans yang popular dan menjadi pilihan ramai iaitu Era, Authentic, Slip-On, Old Skool, Sk8-Hi, dan yang terbaru ComfyCush.
Hi saya admin website ini. Jika ada yang ingin hire saya untuk menulis artikel atau apa-apa sahaja pekerjaan dalam bidang Penulisan, boleh email atau whatsaap saya 0167095230 https://wa.me/message/MLF4B6BYL3LBD1 . Saya seorang yang mempunyai bakat dalam bidang penulisan dan sangat gemar membuat research tentang sesuatu topik.
SUMBER
1) https://www.ocregister.com/
3) wikipedia
5) https://www.thefactshop.com/