
1) Jenama Guinness telah ditubuhkan pada 1759 di St. James’s Gate, Dublin, Ireland.
2) Pengasas Guinness ialah Arthur Guinness yang pada ketika itu berusia 34 tahun. Beliau telah dilahirkan di Celbridge, County Kildare, Ireland.

3) Arthur Guinness telah menyewa kilang bir yang berusia 9000 tahun dengan sewa tahunan sebanyak $45 setahun.
4) Pada 1769, Guinness telah mula mengeksport bir-bir ke England.
5) Pada 1770-an, Guinness telah berjaya menghasilkan jenis bir yang bernama “Porter” (dicipta pada 1722 di London oleh pembuat bir yang bernama Ralph Harwood).
6) Syarikat Guinness telah diterajui oleh 5 generasi.
7) Pada 1803, Arthur Guinness telah meninggal dunia dan anak lelakinya iaitu Arthur Guinness II telah mengambil alih syarikat.
8) Menjelang 1820-an, Guinness telah berjaya meluaskan lagi pasaran eksportnya ke peringkat antarabangsa seperti di Lisbon (Portugal), Carolina Selatan dan New York (Amerika Syarikat), Barbados (Caribbean), dan Sierra Leone (Afrika).
9) Menjelang 1850-an, Arthur Guinness II telah meninggal dunia dan anak lelakinya iaitu Benjamin Lee Guinness telah mengetuai syarikat Guinness.
10) Pada 1862, tanda dagangan Guinness telah diperkenalkan.

11) Selepas kematian Benjamin Lee Guinness pada 1868, syarikat Guinness telah diambil alih oleh anak lelakinya iaitu Edward Cecil Guinness.
12) Pada 1862, logo Guinness telah dicipta yang memaparkan sebuah alat muzik yang dinamakan Hap. Hal ini kerana Hap merupakan simbol kuno Ireland pada zaman itu.
13) Pada 1901, Guinness telah menubuhkan sebuah makmal untuk menjalankan penyelidikan terhadap pembuatan bir.
14) Menjelang akhir abad ke 19, Guinness telah mencapai penjualan sebanyak 1.2 juta tong setahun.
15) Pada abad ke 20, jenama Guinness telah mula dikenali di peringkat antarabangsa dan mempunyai kilang arak yang terbesar di dunia.
16) Berikutan kematian Edward Cecil Guinness, syarikat Guinness telah diterajui oleh anak lelakinya iaitu Rupert Guinness pada 1927.
17) Pada 1929, buat pertama kalinya Guinness telah melancarkan kempen pengiklanan rasmi.
18) Pada 1936, kilang arak Guinness telah mula dibuka di luar negara iaitu di Park Royal, London.
19) Dari 1955 hingga 2000, sebuah buku yang dikenali sebagai “Guinness World Records” telah dicipta sebelum ia bertukar nama kepada “The Guinness Book of Records” (Dari 2000 hingga sekarang).
20) Dari 1962 hingga 1986, Benjamin Guinness adalah merupakan generasi Guinness yang terakhir dalam mengetuai syarikat.
21) Pada 1989, Guinness telah mula menghasilkan arak di dalam tin.
22) Pada 1996, kilang arak Guinness telah berjaya menjadi antara salah satu yang pertama di dunia yang mendapat pengiktirafan ISO 14001, International Environmental Management Standard.
23) Pada 1997, syarikat Guinness telah bergabung dengan Grand Metropolitan untuk menubuhkan Diego plc yang berperanan sebagai pengeluar multinasional Inggeris untuk minuman beralkohol.
24) Sehingga kini, Guinness telah memiliki 5 kilang bir yang berpusat di Ireland (1759), Nigeria (1962), Malaysia (1965), Cameroon (1970), dan Ghana (1971).
25) Guinness Stout telah diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi iaitu barli, yis, malt, dan hops.
26) Walaupun keluarga Guinness tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam syarikat, tetapi mereka adalah pemegang saham syarikat sehingga ke hari ini.
27) Warna sebenar air arak Guinness adalah merah rubi, bukannya berwarna hitam seperti yang kita fikir.
28) Para penyelidik mendapati bahawa minuman Guinness mampu memberi manfaat kepada jantung. Hal ini kerana terdapat “‘sebatian antioksidan’ di dalam Guinness yang juga sama dengan yang ada pada buah-buahan dan sayur-sayuran tertentu, sekaligus ia mampu memberi manfaat terhadap kesihatan dalam memperlambatkan proses penyimpanan kolesterol yang berbahaya pada dinding arteri.
29) Guinness merupakan minuman arak pertama di dunia yang menggunakan nitrogen dalam menghasilkan bir yang mempunyai tekstur yang halus, berkrim, dan bergelembung. Ia adalah hasil ciptaan daripada ahli kimia dari Universiti Oxford yang bernama Alexander Forbes-Watson.
30) Sehingga kini, jenama Guinness telah berjaya dijual di lebih 150 negara di seluruh dunia dan dianggarkan kira-kira 10 juta gelas Guinness telah dinikmati pada setiap hari.
SUMBER
https://www.guinness-storehouse.com/
wikipedia