1) Jenama Under Armour telah diasaskan pada 1996 di Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat.
2) Pengasas Under Armour ialah Kevin Plank yang pada ketika itu berusia 24 tahun. Beliau telah melanjutkan pengajian di Universiti Maryland dan menjadi kapten pasukan bola sepak di universitinya. Ayah Kevin Plank merupakan pemaju tanah yang terkenal di Maryland. Manakala, ibunya pula adalah bekas Datuk Bandar di Kensington.

3) Ketika Kevin Plank menjadi kapten, beliau berasa bosan kerana terpaksa menukar T-shirt yang sentiasa berpeluh. Hal ini telah memberikan inspirasi kepadanya untuk mencipta T-shirt yang menggunakan kain sintetik pelembap.
4) Setelah Kevin Plank menamatkan pengajian pada 1996, beliau telah menghasilkan T-shirt prototaip dan mempromosikannya kepada rakan sepasukan dan rakan-rakannya di Universiti Maryland yang telah bermain di National Football League (NFL).

5) Melalui komen yang diterima daripada rakan-rakannya, Frank Plank sekali lagi telah membuat T-shirt baharu yang diperbuat daripada gentian mikro yang lembab yang bersifat sejuk, kering dan ringan.
6) Pada awalnya, Kevin Plank telah menjalankan operasi perniagaannya di ruang bawah tanah kediaman neneknya di Washington sebelum berpindah ke Baltimore pada 1998.
7) Sebenarnya, Kevin Plank ingin menamakan jenamanya “Heart” namun proses untuk mendapatkan paten dan cap dagang tidak berjaya disebabkan masalah tertentu. Akhirnya, beliau menemukan nama yang sesuai untuk jenamanya iaitu “Body Armour”. Pada suatu hari, beliau mendapat panggilan daripada rakannya mengatakan bahawa sudah terdapat beberapa kedai di New Jersey dengan nama Body Armour. Akhirnya, nama Under Armour menjadi pilihannya dan kekal sehingga ke hari ini.
8) Semasa di Universiti, Kevin Plank telah melancarkan Cupid’s Valentine, iaitu perniagaan bermusim yang menjual bunga ros pada Hari Valentine. Melalui perniagaan itu, beliau telah memperoleh $3,000 dan wang itu telah digunakan untuk menjalankan perniagaannya, Under Armour.
9) Kevin Plank telah menggunakan wang simpanannya sebanyak $15,000 dan kad kredit sekitar $40,000 untuk memulakan perniagaan Under Armour.
10) Pada tahun pertama perniagaan, Under Armour berjaya memperoleh $ 17,000.
11) Pada 1997, Under Armour telah menghasilkan T-shirt jenis ColdGear, HeatGear, dan AllSeasonGear yang sangat terkenal sehingga kini.
12) Beberapa jenama yang menjadi pesaing Under Armour seperti Nike, Adidas dan Reebok turut mengikuti strategi Kevin Plank dengan menghasilkan pakaian pelembap mereka sendiri.
13) Pada 1999, Warner Brothers atau lebih dikenali sebagai Warner Bros telah mengikat kontrak bersama Under Armour untuk dua filem bola sepak iaitu Any Given Sunday dan The Replacements.

14) Pada 2000, pasukan pekerja Under Armour sanggup melepaskan gaji mereka supaya syarikat Under Armour dapat membeli iklan cetak pertama mereka untuk setengah halaman majalah ESPN. Kesannya, jenama Under Amour semakin dikenali dan berjaya memperoleh peningkatan penjualan sebanyak $ 750,000.
15) Pada 2001, Under Armour telah menjadi pembekal rasmi untuk National Hockey League dan menandatangani perjanjian pelesenan dengan Major League Baseball dan USA Baseball.
16) Pada 2003, buat pertama kalinya Under Armour telah melancarkan iklan televisyen mereka.
17) Pada 2007, Under Armour telah membuka kedai pertama di Annapolis, Maryland, Amerika.
18) Pada 2010, Under Armour telah berjaya memperoleh pendapatan tahunan sebanyak $1 bilion setelah 15 tahun syarikat beroperasi sejak 1996.
19) Pada 2012, Armour Bra telah dihasilkan.
20) Pada 2014, Under Armour telah menyediakan sut untuk atlet peluncur laju ketika Winter Olympics. Walau bagaimanapun, atlet peluncur laju Amerika telah kalah dalam pertandingan tersebut ketika mengenakan sut keluaran Under Armour yang terbaru iaitu Mach 39 speedsuits. Kesannya, berlaku khabar angin mengenai sut tersebut sehingga menyebabkan stok Under Armour merosot 2.38%.
21) Produk-produk Under Armour telah digunakan dalam filem Marvel (siri Avengers, Iron Man, Captain America, Black Widow dan lain-lain lagi).

22) Sejak 2016, Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai “The Rock” telah bekerjasama dengan Under Armour untuk menghasilkan koleksi kasut yang dikenali sebagai Project Rock 1 atau PR1.
23) Pada 2018, kasut PR1 telah habis dijual dalam masa 30 minit selepas dilancarkan.
24) Pada 2019, kasut Project Rock 2 (PR2) telah dilancarkan dengan harga $140.

25) Kevin Plank telah berkahwin dengan gadis kacukan Amerika-Filipina iaitu Desiree Guerzon pada 2003. Kini, mereka mempunya 2 orang anak dan menetap di Lutherville, Maryland, Amerika.
26) Pada Oktober 2019, Kevin Plank telah mengumumkan persaraannya sebagai CEO Under Armour.
27) Pada 1 Januari 2020, Patrik Frisk telah dilantik menjadi CEO Under Armour. Walau bagaimanapun, Kevin Plank akan memegang jawatan sebagai ketua eksekutif dan ketua jenama. Oleh itu, Patrik Frisk akan sentiasa melaporkan perkembangan syarikat kepada Kevin Plank.

28) Pada 2020, Dwayne Johnson sekali lagi telah bekerjasama dengan Under Armour untuk melancarkan koleksi terbarunya yang dikenali sebagai “The Work” yang menampilkan pakaian yang difokuskan untuk ke gim. Koleksi ini menggunakan teknologi inovatif Under Armour, UA Charged Cotton.
Dwayne Johnson mengatakan “My new collection is built for the hardest workers in the room. I don’t care how old you are, what you do for a living, or what your bank account says. This collection is designed for the ones who know that success comes one way—through the work.”

29) Ketika musim Covid-19, Under Armour telah mengedarkan lebih daripada 500,000 topeng muka kain dan 50,000 fanny packs yang lengkap khas untuk 28,000 penyedia penjagaan kesihatan dan kakitangan dari University of Maryland Medical System (UMMS).
30) Kekayaan Kevin Plank berjumlah $1.1 bilion pada 2020, sumber daripada Forbes.
Hi saya admin website ini. Jika ada yang ingin hire saya untuk menulis artikel atau apa-apa sahaja pekerjaan dalam bidang Penulisan, boleh email atau whatsaap saya 0167095230 https://wa.me/message/MLF4B6BYL3LBD1 . Saya seorang yang mempunyai bakat dalam bidang penulisan dan sangat gemar membuat research tentang sesuatu topik.
SUMBER
https://about.underarmour.com/
https://www.washingtonpost.com/
wikipedia
https://www.mainlinemenswear.co.uk/