1) Pada asalnya, jenama Timberland dikenali sebagai Abington Shoe Company.
2) Pengasas jenama Timberland ialah Nathan Swartz yang merupakan orang yahudi yang dilahirkan di Rusia pada 1902.
3) Selepas Perang Dunia Pertama, Nanthan Swartz dan keluarganya telah berpindah ke Amerika.
4) Pada awalnya, Nathan Swartz telah menjadi perantis di kedai pembaikan kasut di New York.
5) Pada 1952, Nathan Swartz yang pada ketika itu berusia 50 tahun telah membeli Abington Shoe Company di Massachusetts yang telah beroperasi sejak 1933.

6) Nathan Swartz telah menggalakkan dua orang anak lelakinya iaitu Herman dan Sidney untuk menceburi perniagaan keluarga mereka.
7) Nathan Swartz telah kehilangan beberapa jari dalam kemalangan industri.
8) Pada 1968, Nathan Swartz telah mengambil keputusan untuk bersara.
9) Anak lelaki Nathan Swartz iaitu Herman Swartz telah mengambil alih syarikat dari 1968 hingga 1986.
10) Pada 1969, Abington Shoe Company telah berpindah ke Newmarket, New Hampshire, Amerika.
11) Pada 1973, but kalis air yang dikenali sebagai Timberland telah dicipta.
12) Pada 1978, Abington Shoe company telah bertukar nama kepada Timberland.
13) Timberland diasaskan bertujuan untuk menghasilkan pelbagai jenis kasut yang boleh dipakai tidak kira musim apa pun, sama ada panas mahupun sejuk.
14) Pada 1978, Timberland telah memperkenalkan kasut kulit premium yang dijahit tangan tanpa menggunakan mesin.
15) Pada 1980, Timberland telah mula memasarkan produk mereka luar dari Amerika, bermula dari itali.
16) Dari 1986 hingga 1998, Sidney Swartz telah mengambil alih syarikat Timberland daripada abangnya, Herman Swartz.
17) Pada 1988, Timberland telah mula mengeluarkan produk pakaian.
18) Pada 1992, Timberland telah melancarkan program sukarelawan pekerja yang dinamakan The Path of Service ™ di mana para pekerja dapat menggunakan masa cuti hingga 16 jam untuk menjadi sukarelawan. Walau bagaimanapun, Timberland telah memperluaskan faedah dimana seramai 6000 pekerja yang menjadi sukarelawan akan dibayar hingga tempoh bekerja 40 jam setiap tahun.
19) Pada 1993, Timberland telah menggunakan platform etika persekitaran yang dikenali “Ceres” yang berperanan menangani cabaran kelestarian terbesar di dunia seperti perubahan iklim, kekurangan air dan pencemaran, dan keadaan tempat kerja yang tidak adil.
20) Pada 1998, cucu kepada Nathan Swartz iaitu Jeffrey Swartz telah mengambil alih syarikat Timberland daripada ayahnya iaitu Sidney Swartz. Sebelum itu, beliau telah memegang 2 jawatan dalam syarikat iaitu Naib Presiden Eksekutif pada 1990 dan Ketua Pegawai Operasi pada 1991.
21) Jeffrey Swartz telah menjadi CEO Timberland hingga 2011.

22) Sejak 2001, Timberland telah menetapkan matlmat untuk menjaga alam sekitar dengan aktiviti penanaman pokok, dimana lebih daripada 10.2 juta pokok telah ditanam di seluruh dunia seperti Haiti, Amerika, dan China.
23) Pada 2001, Timberland telah bekerjasama dengan NGO di Jepun iaitu Green Network untuk menanam pokok di Gurun Horqin, China demi mengatasi ribut pasir supaya dapat meningkatkan kualiti udara di seluruh wilayah.
24) Pada 2004, Timberland telah mula memberikan wang sebanyak $3,000 kepada pekerjanya yang membeli kereta hibrid.
25) Pada 2005, Timberland telah mengasaskan Leather Working Group (LWG) dan membuat komitmen awam dimana Timberland hanya akan mendapatkan kulit dari kilang penyamak yang mencapai penarafan perak / emas dari audit Leather Working Group (LWG).
26) Pada 2006, Timberland telah melancarkan program Global Stewards. Setiap tahun, 30 pekerja yang berdedikasi dari seluruh dunia akan ditugaskan menjadi sukarelawan dalam memimpin agenda persekitaran dan perkhidmatan syarikat di lokasi mereka.
27) Pada 2007, But Earthkeepers® yang asli telah diperkenalkan, diperbuat daripada bahan kitar semula, organik dan boleh diperbaharui.

28) Dari 2009 hingga 2013, Timberland telah mengitar semula 128 juta botol air plastik dan ia telah digunakan dalam produk Timberland. Menjelang 2018, jumlah itu meningkat menjadi lebih daripada 345 juta.
29) Pada 2011, syarikat Timberland telah dijual dengan nilai $2.2 bilion kepada VF Corporation iaitu sebuah syarikat konglomerat yang berpusat di Colorado, Amerika. VF Corporation memiliki lebih daripada 30 anak syarikat seperti Dickies, Kodiak, Vans, dan lain-lain lagi.
30) Pada 2014, Timberland telah mencapai sejuta jam dalam perkhidmatan masyarakat global.
31) Pada 2018, Timberland telah mencipta bahan ReBotl™ untuk kasut dan pakaian yang diperbuat dengan plastik kitar semula.

32) Pereka Fesyen Britain iaitu Christopher Raeburn telah dinobatkan sebagai Global Creative Director for Timberland pada 2019 melalui falsafahnya iaitu REMADE, REDUCED, RECYCLED dalam menghasilkan produk di Timberland.
33) Pada 2019, antara matlamat Timberland adalah menanam lebih daripada 50 juta pokok menjelang 2025.
Hi saya admin website ini. Jika ada yang ingin hire saya untuk menulis artikel atau apa-apa sahaja pekerjaan dalam bidang Penulisan, boleh email atau whatsaap saya 0167095230 https://wa.me/message/MLF4B6BYL3LBD1 . Saya seorang yang mempunyai bakat dalam bidang penulisan dan sangat gemar membuat research tentang sesuatu topik.
SUMBER
1) https://www.timberland.com/
2) https://www.theguardian.com/
3) wikipedia
5) https://www.timberland.com.my/