1) Pada 1971, Starbucks telah ditubuhkan di Seattle, Washington, Amerika.
2) Starbucks telah diasaskan oleh 3 orang rakan iaitu Jerry Baldwin, Gordon Bowker, dan Zev Siegl. Mereka telah berkenalan ketika bersama-sama melanjutkan pengajian di University of San Francisco.

3) Selepas tamat pengajian, Jerry Baldwin telah menjadi guru bahasa inggeris, Zev Siegl (guru sejarah), dan Gordon Bowker (penulis).
4) Mereka mempunyai minat yang sama iaitu penggemar teh dan kopi. Oleh itu, mereka telah meminjam wang daripada rakan-rakan mereka untuk mendirikan kedai yang dinamakan Starbucks di Seattle.
5) Logo Starbucks memaparkan makhluk di lautan yang bernama Siren (separuh manusia, separuh burung) yang wujud pada zaman yunani dahulu.
6) Alfred Peet yang merupakan seorang pengusaha kopi dan pengasas kepada Peet’s Coffee and Tea telah memberi inspirasi kepada pengasas-pengasas Starbucks untuk menjual biji kopi dan peralatan yang berkualiti tinggi,

7) Pada tahun pertama, Alfred Peet telah menjadi pembekal biji kopi hijau kepada Starbucks. Kemudian, Starbucks mula membeli secara langsung daripada pembekal kopi.
8) Pada 1980, pengasas Zev Siegl telah meninggalkan Starbucks.
9) Jerry Baldwin dan Gordon Bowker telah melakukan pelbagai eksperimen dengan menggunakan teknik memanggang kopi Alfred Peet untuk menghasilkan campuran dan perisa kopi mereka sendiri.
10) Pada 1982, Howard Schultz telah bekerja dengan Starbucks sebagai ketua operasi dan pemasaran.

11) Pada 1983, Starbucks telah menghantar Howard Schultz ke Milan untuk menghadiri “international housewares show”. Beliau berasa kagum dengan populariti bar espresso di Milan dan hal ini telah memberikan beliau idea untuk melakukan perubahan dalam Starbucks seperti mendirikan kafe yang menyajikan espresso dan cappuccino.

12) Pada 1984, Howard Schultz telah meyakinkan pengasas-pengasas Starbucks untuk menggunakan konsep kafe di pusat bandar Seattle, di mana Starbucks Caffè Latte telah disajikan.
13) Pada 1985, Howard Schultz telah mengasaskan II Giornale yang menawarkan kopi yang dibancuh dan minuman espresso yang diperbuat daripada biji kopi Starbucks.
14) Jerry Baldwin dan Golden Bowker agak tertarik dengan konsep kafe namun memikirkan kos mesin espresso yang mahal, kekurangan kepakaran relatif untuk penyelenggaraan dan pembaikan mesin di Amerika, dan disebabkan citarasa orang Amerika yang tidak biasa dengan minuman jenis itu, akhirnya mereka memutuskan untuk menolak idea Howard Schultz.
15) Pada 1985, Howard Schultz akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan Starbucks memandangkan ideanya ditolak dan beliau telah membuka kafe sendiri iaitu II Giornale.
16) Pada 1987, Howard Schultz dan beberapa pelabur tempatan telah membeli Starbucks daripada Jerry Baldwin dan Golden Bowker.
17) Pada 1987, kafe Starbucks telah mula dibuka di Chicago dan Vancouver, Kanada.
18) Pada 1988, Starbucks telah menawarkan faedah kesihatan dan perlindungan perkongsian domestik kepada pekerja-pekerjanya yang layak.
19) Pada 1996, Starbucks mula membuka lokasi pandu lalu.
20) Pada 1995, Starbucks mula menghidangkan minuman campuran Frappuccino®.
21) Pada 1996, buat pertama kalinya Starbucks meluaskan pasarannya ke luar Amerika iaitu Jepun dan Singapura.
22) Pada 1997, Starbucks Foundation telah diasaskan.
23) Pada 1998, Starbucks mula melancarkan laman web mereka sendiri iaitu starbucks.com.

24) Pada 1999, Starbucks telah bekerjasama dengan Conservation International untuk mempromosikan amalan penanaman kopi yang lestari.
25) Pada 1999, Starbucks telah mula memperkenalkan minuman teh di kafe-kafe selepas Starbucks membeli syarikat Tazo Tea dengan harga $8.1 juta. Tazo Tea merupakan pengedar untuk pengisar teh herba dan teh.
26) Pada 2001, kad Starbucks telah diperkenalkan.

Sumber: http://www.starbucksmelody.com/
27) Pada 2002, Starbucks telah mengasaskan Starbucks Coffee Trading Company (SCTC) di Lausanne, Switzerland.
28) Pada 2002, Starbucks telah mula menyediakan Wi-Fi di kafe.
29) Pada 2004, Starbucks memperkenalkan Program Master Starbucks Coffee.
30) Pada 2006, Starbucks memperkenalkan cawan minuman kertas pertama di industri yang mengandungi serat kitar semula.

31) Setiap Barista di Starbucks akan diberikan satu paun kopi Starbucks secara percuma pada setiap minggu yang nilainya sekitar $15.
32) Pada 2009, Starbucks telah memperkenalkan My Starbucks Rewards® loyalty program dan Starbucks Card mobile payment.
33) Pada 2011, Starbucks® K-Cup® packs telah diperkenalkan.

34) Pada 2012, Starbucks telah membeli jenama Teavana dengan harga $620 juta. Teavana adalah sebuah syarikat teh di Amerika yang terkenal di seluruh Amerika, Kanada, Mexico, Puerto Rico, dan Timur Tengah.
35) Pada 2012, Starbucks telah memperkenalkan Starbucks® Blonde Roast, minuman Starbucks Refreshers®, dan La Boulange® yang menghidangkan pelbagai jenis roti di Starbucks.

Sumber: https://www.sfchronicle.com/
36) CEO Starbucks iaitu Howard Schultz telah digelar antara “World’s Best CEOs” dari 2012 hingga 2017 oleh majalah Barron’s. Pada 2014, “Highest Rated CEOs” oleh Glassdoor.
37) Syarikat Starbucks telah menerima beberapa penghargaan dan pengiktirafan seperti One of the “World’s Most Admired Companies” oleh Fortune (2009-2017), One of the “World’s Most Valuable Brands” oleh Forbes (2013-2017), “Top Growing Global Brand” (2017), dan lain-lain lagi.
38) Dari 2017 sehingga kini, Kevin Johnson telah menggantikan Howard Shultz sebagai CEO Starbucks.

39) Pada Julai 2019, Starbucks mengumumkan bahawa tidak akan lagi menjual surat khabar di kafe dan kios untuk makanan ringan dan beg kopi kacang akan dikeluarkan dari kafe mulai September 2019.
40) Berikut merupakan lokasi kafe-kafe Starbucks di seluruh dunia
TAHUN | NEGARA |
---|---|
1996 | Jepun dan Singapura |
1997 | Filipina |
1998 | Malaysia, Taiwan, New Zealand, England, dan Thailand |
1999 | China, Kuwait, Lubnan, dan Korea Selatan |
2000 | Australia, Bahrain, Hong Kong, Qatar, Arab Saudi, dan Emiriah Arab Bersatu |
2001 | Austria, Scotland, Switzerland, dan Wales |
2002 | Jerman, Greece, Indonesia, Mexico, Oman, Puerto Rico, dan Spain |
2003 | Chile, Cyprus, Peru, dan Turki |
2004 | Perancis dan utara Ireland |
2005 | Bahamas, Ireland, dan Jordan |
2006 | Brazil dan Egypt |
2007 | Denmark, the Netherlands, Romania, dan Russia |
2008 | Argentina, Belgium, Bulgaria, Czech Republic, dan Portugal |
2009 | Aruba dan Poland |
2010 | El Salvador, Hungary, dan Sweden |
2011 | Guatemala, Curacao, dan Morocco |
2012 | Costa Rica, Finland, India, dan Norway |
2013 | Vietnam dan Monaco |
2014 | Brunei dan Colombia |
2015 | Panama |
Hi saya admin website ini. Jika ada yang ingin hire saya untuk menulis artikel atau apa-apa sahaja pekerjaan dalam bidang Penulisan, boleh email atau whatsaap saya 0167095230 https://wa.me/message/MLF4B6BYL3LBD1 . Saya seorang yang mempunyai bakat dalam bidang penulisan dan sangat gemar membuat research tentang sesuatu topik.
SUMBER
2) https://www.britannica.com/
4) https://www.mentalfloss.com/
5) https://stories.starbucks.com/
6) wikipedia
Thanks info menarik sangat ni.
Terima kasih encik