1) Gal Gadot

Gal Gadot telah dilahirkan pada 30 April 1985 di Petah Tikva, Israel.
Pada usia 18 tahun, Gal Gadot telah dinobatkan sebagai Miss Israel 2004.
Gal Gadot pernah berkhidmat selama dua tahun dalam Angkatan Pertahanan Israel sebagai tenaga pengajar pertempuran.
Pengalaman Gal Gadot dalam ketenteraan telah berjaya membantunya memegang watak Gisele di dalam Fast & Furious.
Gal Gadot mengatakan “I think the main reason was that the director Justin Lin really liked that I was in the military, and he wanted to use my knowledge of weapons.”
Pada 2008, Gal Gadot telah berkahwin dengan seorang pemaju hartanah Israel, Yaron Varsano dan mereka dikurniakan 2 orang anak perempuan yang dilahirkan pada 2011 dan 2017.
Antara beberapa filem terkenal lakonan Gal Gadot adalah Fast & Furious, Wonder Woman, Batman v Superman: Dawn of Justice (2016) dan Justice League.
2) Natalie Portman

Natalie Portman telah dilahirkan pada 9 Jun 1981 di Jerusalem, Israel.
Ayahnya merupakan warganegara Israel manakala ibunya dari Amerika.
Pada usianya 3 tahun, Natalie telah berpindah dari Israel ke Amerika dan membesar di sana.
Pada 2006, Natalie mengatakan “a priority for me is definitely that I’d like to raise my kids Jewish, but the ultimate thing is to have someone who is a good person and who is a partner… I get much more Jewish in Israel.”
Antara beberapa filem terkenal Natalie Portman adalah Avengers: Endgame (2019), Annihilation (2018), Thor: The Dark World (2013), Thor (2011), Jackie (2016), The Darjeeling Limited (2007) dan Black Swan (2010).
3) Oded Fehr

Oded Fehr telah dilahirkan pada 23 November 1970 di Tel Aviv, Israel.
Dari 1989 hingga 1992, Oded Fehr telah berkhidmat untuk Tentera Laut Israel.
Antara beberapa filem terkenal Oded Fehr adalah The Mummy (1999), The Mummy Returns (2001), Resident Evil: Apocalypse (2004), Resident Evil: Extinction (2007), Resident Evil: Retribution (2012), dan Resident Evil: The Final Chapter (2016).
4) Ori Pfeffer

Ori Pfeffer telah dilahirkan pada 28 Julai 1975 di Jerusalem, Israel.
Pada 2009, Ori Pfeffer telah berkahwin dengan seorang model dan pelakon Israel, Yael Goldman.
Antara beberapa filem terkenal Ori Pfeffer adalah Angel Has Fallen (2019), 211 (2018), Bullet Head (2017), The Hitman’s Bodyguard (2017), Munich (2005) dan Hacksaw Ridge (2016).
5) Odeya Rush

Odeya Rush telah dilahirkan pada 12 May 1997 di Haifa, Israel.
Ketika usianya 9 tahun, Odeya telah berpindah ke Amerika.
Antara beberapa filem terkenal Odeya Rush adalah Goosebumps (2015), Dumplin (2018), The Giver (2014), The Bachelors (2017), The Hunter’s Prayer (2017), Spinning Man (2018) dan Let It Snow (2019).
6) Alon Abutbul

Alon Abutbul telah dilahirkan pada 28 May 1965 di Kiryat Ata, Israel.
Alon Abutbul sering terlibat dalam aktiviti politik Israel. Semasa pilihan raya 2006, Abutbul telah menyokong Israeli Labor Party.
Abutbul pernah menulis dalam ruangan khas di portal web Israel Walla! dan juga laman web berita Israel yang terkenal iaitu Ynet.
Abutbul juga pernah mengubah sebuah lagu khas mengenai menangani masalah rasuah dalam masyarakat dan kepemimpinan Israel.
Antara beberapa filem terkenal Alon Abutbul adalah Rambo III (1988), Killing Streets (1991), Marco Polo: The Missing Chapter (1996), Munich (2005), London Has Fallen (2016), dan The Dark Knight Rises (2012).
Hi saya admin website ini. Jika ada yang ingin hire saya untuk menulis artikel atau apa-apa sahaja pekerjaan dalam bidang Penulisan, boleh email atau whatsaap saya 0167095230 https://wa.me/message/MLF4B6BYL3LBD1 . Saya seorang yang mempunyai bakat dalam bidang penulisan dan sangat gemar membuat research tentang sesuatu topik.
SUMBER
2) https://starwars.fandom.com/
3) Wikipedia
6) http://www.somethingjewish.co.uk/