Pada 1971, Yong Pang Chaun yang berasal dari Malaysia telah menubuhkan syarikat Hwayo Garments Manufacturers, iaitu sebuah syarikat pakaian wanita dan produk siap.
Sebelumnya, beliau pernah bekerja sebagai pedagang tekstil di Singapura pada era 60-an selepas tamat sekolah menengah.
Beliau telah mengasaskan jenama Padini pada 1975, Vincci (1981), Miki (1987), Seed (1990), Padini Authentics (1993), P&CO (1999), PDI (1999), dan Brands Outlet (2006).
Jenama Vincci mengfokuskan keluaran kasut yang diperbuat daripada bahan sintetik dengan harga yang berpatutan. Selain itu, Vincci juga turut mengeluarkan produk-produk lain seperti jam tangan, cermin mata hitam, beg tangan PVC, aksesori, dan pakaian kanak-kanak.
Jenama Miki yang terdiri daripada MIKI Kids dan MIKI Maternity. MIKI Kids direka khas untuk kanak-kanak manakala Miki Maternity sesuai untuk dipakai untuk golongan ibu.
Jenama Seed telah mengeluarkan pakaian yang bersifat kasual seperti jaket, kot, seluar panjang dan pendek, kardigan, baju lengan panjang dan pendek, dan lain lain-lain lagi.
Brands Outlet merupakan sebuah jenama yang menawarkan pelbagai jenis pakaian, kasut dan aksesori fesyen yang bergaya.
Pada 1991, syarikat Hwayo Garments Manufacturers telah bertukar nama kepada Home Stores Sdn Bhd.
Pada 1992, ia bertukar nama sekali lagi kepada Padini Holdings Sdn Bhd.
Padini Concept Store untuk pertama kalinya telah dilancarkan di City Square, Johor Bahru pada 1999. Padini Concept Store yang menghimpunkan pelbagai jenama di dalam satu kedai seperti Padini, Seed, PDI, Vincci, dan P&Co.
Pada 2009, Interbrand mengiktiraf Padini Group sebagai “Top 30 Most Valuable Brands” di Malaysia.
Kini, Padini Holdings Sdn Bhd mempunyai 1001-5000 pekerja.
Padini Holdings Sdn Bhd telah berjaya meluaskan pasaran ke asia tenggara dan timur tengah bermula di Brunei (2000), Thailand (2001 dan 2019), Filipina dan Arab Saudi (2003), Indonesia, Emiriah Arab Bersatu, dan kambodia (2005), Oman (2007), Syria (2009), Qatar dan Pakistan (2010), Bahrain, Mesir, dan Maghribi (2011), dan Myanmar (2012).
Menerusi Forbes, kekayaan Yong Pang Chaun adalah $265 juta pada 2020.
Forbes juga menyenaraikan Yong Pang Chaun sebagai “Malaysia’s 50 Richest 2020”.
Kini, anak beliau iaitu Tze Jet dan Tze How menjadi Pengarah Eksekutif di Padini Holdings Sdn Bhd.
SUMBER
3) wikipedia